:::::::lelaki tidak boleh berkawan dengan wanita langsung kecuali keluarga dan saudara mereka sendiri je sampaikan member sendiri pun tidak tegur menegur antara satu sama yang lain.....
:::::: begitu jugak wanita, wanita tidak boleh berkawan dengan lelaki langsung kecuali keluarga dan saudara mereka sendiri je sampaikan member sendiri pun tidak tegur menegur antara satu sama yang lain.....
adakah mereka anti sosial kerana mereka sudah menjadi seorang yang berilmu (ilmu bukannya besar mana pun nak dibandingkan dengan para anbiya', para sahabat, para thabit tabi'an, para ulama. mereka tidak pun ) hanya setakat belajar agama, sekolah tahfiz, belajar dekat KISAS dan sebagainya...
cuba kita bayangkan, kalau Rasulullah seorang yang anti sosial, adakah Islam akan tersebar? confirm tak kan? sehinggakan member sendiri pun x bertegur sapa...
ibaratlah seseorang yang belajar ilmu agama tetapi dia merasakan dirinya mulia sehinggakan orang yang berlainan jantina dengannya tidak boleh berkawan dengannya. ade juga yang bila seseorang itu berkomunikasi dengan kaum yang berlainan jantina. dia tidak memandang wajah orang yang sedang berkomunikasi dengannya. bukankah itu SOMBONG namanya... cuba kita ingat sirah nabi sewaktu seorang wanita yang berzina datang berjumpa dengan nabi sebab nak bagitau dekat nabi yang dia telah berzina.. adakah nabi mencaci maki wanita tersebut? atau adakah nabi tidak berkomunikasi langsung dengan wanita yang telah berzina tu? pandai-pandai lah kita semua fikir dan muhasabah... nabi juga pernah bermuamalat dengan kaum wanita.... sebenarnya kita manusia ni semuanya sama sahaja...manusia hanya mulia hanya di sisi Allah sahaja tetapi tidak bagi manusia dengan manusia.. manusia pada mula dijadikan daripada tanah, lalu diciptakan dari air mani lelaki dan ovum bagi wanita? Sudahkah kita lupa akan ayat dari Al-Quran..
:::::::Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujuraat 49:10):::::
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)
Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
wallahu'alam. sebarang komen untuk penambahbaikan sangat-sangat dialukan..
jangan lupa follow ye...



No comments:
Post a Comment