Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana banyak memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya.
Alhamdulillah, ana dapat sokongan dari Ustaz Arif, walaupun dia tak mengajar ana.
Dalam Facebook ana @akhi hisyamuddin, ana selalu post banyak ilmu. Dengan kelebihan yang Allah beri pada ana, InsyaAllah akan dapat beri manfaat kepada semua manusia di blog ana.. InsyaAllah...
Sebelum ana mulakan topik atau perkongsian ilmu, biarlah ana ta'ruf dalam bahasa Arabnya, jika di alih bahasa ke bahasa Melayu ialah perkenalan diri.....
Ana Hisyamuddin bin Hamirudin, sekrangni pada tahun 2013, umur ana adalah 20 tahun. Jadi, tahun kelahiran ana adalah pada tahun 1993. Dalam sedar tak sedar sudah 20 tahun ana berada di muka bumi sang Pencipta iaitu Allah SWT. Syukur Alhamdulillah...... sekarangni ana sedang menyambung pelajaran di Kolej Teknologi Timur, Sepang..... Dengan mengambil program Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital. Subhanallah, panjangnya program ni. Jadi ana pendekkan perkataan ini menjadi Diploma Graphic Design. senang sikit nak disebut bukan? Mudahkannya....
Sekarangni dah sem yang ke-4. Lagi 1 sem je. Masya Allah, begitu cepat masa berlalu.
Ini Link Facebook ana yang selalu ana update status ana:
www.facebook.com/gentlemanmuslim
Jadi, setakat ini saja sedikit sebanyak tentang diri ana...
Selamat Membaca Blog Ana
No comments:
Post a Comment